pemantau:

Sunday, December 11, 2011

rumah.

rumah?,
perkataan biasa untuk kita dengar,
perkataan lumrah untuk setiap bibir,

tapi apa itu rumah?
apa maksud rumah?
apa definisi rumah?
apa inti pati rumah?

tentunya definisi yang berbeza untuk manusia yang lain kehidupannya,
tentunya maksud yang tak sama untuk sudut yang lain darjahnya,

bagi aku pula?
rumah itu bagaimana?

rumah itu sesuatu yang kita boleh pulang kembali,

sekalipun kita tersesat seketika,
sekalipun kita lari sejauhnya,
sekalipun kita hilang darinya,

pulang untuk diterima,
pulang untuk peluang kedua,
pulang untuk tidak dicemuh,

tetapi,
pulang untuk ditegur,
pulang untuk diperbetulkan,

sekiranya pernah terjebak seketika di dalam kegelapan,

itulah rumah dari sudut aku,
dan kau ada itu,
memang kau ada itu,

terima kasih,
kerana kau rumah aku.

No comments:

Post a Comment