pemantau:

Monday, January 9, 2012

biasalah.

aku tak salahkan?
tak mengapakan?
bolehkan?

entahlah,
semua tindakan nampak macam tak kena,
buat A mereka kata B,
buat C mereka kata D,

aku siapa?
orang yang boleh dihukum tanpa asal-usul?
orang yang kena tunduk pada paksi mereka?
orang yang perlu dirisau kerana banyak keraguan?

mimik mereka ditarik luas,
mencuka sana-sini,
reaksi macam hati yang mati,
yang buat aku macam orang tanpa erti,

biarkanlah,
aku pilih untuk jauh,
aku lagukan jarak,
aku melangkah setapak,

bukan apa apa pun,
itu bagi selesa,
bukan untuk aku,
tapi untuk semua,
tepat lagi untuk mereka,

aku berundur,
aku biarkan tawa gembira mereka,
hentikan?
itu bukan aku,
aku bukan peragut gelak tawa orang lain,

lagi-lagi,
hati ini juga yang mengalah,
aku juga yang beralah,
siapa lagi kan?

No comments:

Post a Comment