titis titis rintik jatuh,
matahari tenggelam.
tenggelam dek awan,
awan yang melindung,
awan yang mendung,
gelap gelita,
tiada cahaya sedikit pun,
kita terkepung?
terkepung kerna bulatan,
bulatan yang menutup ruang kita?
biarkan,
lupakan,
lawankan,
gagah lah,
sekali pun tidak melangkah,
kita masih boleh merangkak,
masih mampu mengesot,
pecahkan tembok tembok gelap itu,
yakin boleh!
jadilah jebat yang tegak kerana benar,
bukan tuah yang tunduk menurut kata,
genggamlah,
capailah,
kita boleh,
yakin itu dalam hati.
No comments:
Post a Comment